Friday, 22 March 2013

SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA


RINGKASAN BAB 3 : FAHAMAN PEMIKIRAN DAN ETIKA

SEKULARISME
Matlamat usaha penyebaran ideologi ini untuk melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat, dan mendaulatkan negara sekular. Perjuangan utamanya berkaitan dengan urusan keduniaan yang mesti dipisahkan  daripada hal-hal keagamaan seperti politik, ekonomi, sosial, pentadbiran dan undang-undang. Sekularisme mencakupi skop dan ruang legar kehidupan dunia yang bertumpukan kepada persoalan kebendaan semata. Memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah dalam sesebuah negara. Perjuangannya lebih sengit terutama terhadap pemerintah yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan dan tidak memberikan kedudukan istimewa kepada sesebuah agama. Prinsip Sekularisme menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang terlebih dahulu terhasil melalui bukti ujikaji bukan hasil doktrin agama.

DEFINISI SEKULARISME
Sekularisme berasal dari sekular yg diambil drpd perkataan latin saeculum – masa dan tempat . Masa dimana kita menjalani kehidupan ni. Tempat dimana kehidupan dunia atau dunia yang nyata. Fahaman yg dihasilkan oleh pemikiran manusia yang mendukung idea urusan agama n tidak dihubungkaitkan hal keduniaan dan kebendaan. Sekularisme juga bermaksud pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual , rohani dan jasmani.

NEGARA SEKULAR
Negara sekular merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut. Kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah. Dalam istilah politik ialah satu gerakan ke arah pemisahan antara agama dan kerajaan. Definisi negara sekular ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendalam kepada pengasingan gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah yang telah digariskan seperti “Secularisme is a belief in strict separation of church and state as by prohibiting religious teaching in public school”.

George Holyoake dalam English Secularism (1986) berpendapat, sekular merupakan peraturan yang berkaitan dengan kehidupan dan berdasarkan nilai – nilai kemanusiaan.
Beliau menggariskan 3 prinsip penting untuk diaplikasi dalam sebuah kehidupan masyarakat berbentuk Sekular iaitu:
  • Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan
  • Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
  • Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan tersebut.


SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME
Penindasan pihak gereja dan kelahiran teori Darwin merupakan faktor terbaik yang merancakkan kelahiran idealogi dan pengembangannya ke seluruh negara.

PENENTANGAN DAN PENGASINGAN KUASA GEREJA
Sekularisme lahir dan mula bertapak di negara Barat pada abad pertengahan iaitu pada zaman pembaharuan Eropah sebagai satu tindak balas rakyat terhadap sikap gereja. Berlaku semasa pemberontakan dan penentangan dan penentangan nasiolisme pada kurun-17 Masihi. Gerakan golongan Protestan yang menentang Katolik pada abad pertengahan berlaku untuk menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah secara keseluruhan.

KEMUNCULAN TEORI CHARLES DARWIN
Charles Robert Darwin merupakan seorang ahli Biologi berbangsa Inggeris. Menjadi pemangkin kuat ke arah memartabatkan Sekularisme di puncak tertinggi. Hasil penelitian beliau, lahirlah Teori Evolusi Species yang harus diterima oleh semua masyarakat dunia. Beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi makhluk yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan. Beliau membuat embriologi tentang binatang dengan mengatakan kesempurnaan dan kejadian makhluk hidup sesuai dengan pembuktian fisiologi dan persamaan struktur janin manusia dengan ikan dan katak kepada ahli ilmu Biologi. Memaparkan sebuah perbahasan yang sangat terperinci mengenai asal usal kejadian manusia dalam sebuah buku Tabar e-Insan. Begitu juga dengan klon manusia yang membawa bukti masih memiliki hubungan kekeluargaan dengan klon binatang.

PRINSIP –PRINSIP SEKULARISME
Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia. Hanya perjuangan kebendaan sahaja yang memberi jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat. Kebebasan diri daripada sebarang kepercayaan dan penghayatan kebenaran sekular sangat diperlukan untuk menegakkan prinsip keharmonian dalam masyarakat. Membuka ruang dan peluang yang luas kepada pengikut agama berpegang kepada prinsip moralnya. Prinsip moral yang liberal bagi membolehkan manusia mencapai matlamat tersendiri. Utiliatarian adalah prinsip sekularisme yang membawa iadea apa yang pelu dan patut diusahakan oleh manusia adalah perkara yang berguna dari aspek kebendaan.

CIRI-CIRI SEKULARISME
  1.  Penafian hal-hal kerohanian.
  2. Penafian terhadap kewibwaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
  3. Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
  4.  Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
  5. Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama. Corak pemerintahan negara perlu dibezakan agar tidak sepadu antara politik dan agama.


KAEDAH PENYEBARAN FAHAMAN SEKULARISME
  1. Bidang Pendidikan
  2. Bidang Media Massa
  3. Bidang Undang-undang


PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI PENDIDIKAN
Dikenalpasti melalui lembaga pendidikan seperti membatasi pendidikan agama Islam secara fizikal dan moral. Pembatasan secara fizikal – membuka pintu seluas-luasnya kepada pendidikan yang jauh dari penekanan agama. Diberi kemudahan dari segi material. Pembatasan secara moral – memberi keutamaan kepada pelajar dan guru yang menganut dan dapat menerima fahaman mereka. Para lulusan dari sekolah Islam tidak mendapat banyak peluang berbanding dengan lulusan bidang umum yang mudah mendapat peluang dengan gaji yang lumayan.

§        Pendidikan agama bukan menjadi pilihan mereka dengan :
1.       Menghantar Pelajar ke Negara Luar untu melanjutkan pengajian
2.       Menghapuskan pelajaran agama atas nama pedidikan
3.       Memperkenalkan institusi pendidikan asing di negara – negara Islam.
4.       Pergaulan bebas

§       Dua kesan akibat daripada percampuran bebas tersebut ialah 
    1.      Melemahkan nafsu seks antara 2 jenis, dengan kata lain, lelaki tidak lagi bernafsu kepada wanita secara tabi’i tetapi lebih bernafsu kepada kaum sejenis.
    2.    Merangsang nafsu syahwat. Percampuran pelajar yang sebebas-bebasnya tanpa kawalan menyebabkan kepada masalah sosial. Perzinaan dan amalan seks bebas yang sangat terlarang berleluasa.

PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI MEDIA MASSA
Media massa memainkan peranan yang sangat besar untuk menyebarkan fahaman Sekular. Tayangan – tayangan yang terpampang di televisyen, majalah dan media massa yang lain tidak membawa perkembangan ilmu pengetahuan dan pengamalan ajaran malah mendorong ke arah kejatuhan akhlak Islam. Banyak program yang tidak ilmiah yang merosakkan minda seperti filem percintaan, fantasi, hiburan dan gambar porno. Kemudahan media massa menjadi pusat dakwah yang menyeru kepada kebaikan dan menyampaikan kebenaran bukan medan penyebaran fitnah atau maksiat yang menjadi punca kepada masalah sosial masyarakat.

PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI UNDANG-UNDANG
Golongan sekular berusaha dengan sedaya upaya untuk menjauhkan Islam dari kekuasaan pemerintahan. Mereka akan memastikan undang-undang Islam tidak akan dirujuk walau sekecil mana pn masalah sehingga Islam hanya tinggal nama sahaja. Islam dan Sekularisme tidak akan dapat disatukan kerana kedua-duanya berbeza fahaman. Syeikh Mutawalli Sya’rawi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir berkata “ ketahuilah, bahawa tiadak akan pernah terjadi pertempuran antara hak dengan hak tetapi pertempuran hanya akan terjadi antara hak dengan batil.”
§  Maka, umat islam perlu mengikuti yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)
Manusia bercita-cita tinggi. Jika manusia dapat menggunakan akalnya dengan betul dan bijaksana, dia akan membentuk nilai-nilai moral yang baik. Antara kelemahan manusia bercita-cita tinggi ialah prinsip yang tidak realistik, ia menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia pada ketika ini tidak lagi penting. Dalam keghairahan terhadap pembangunan sekarang, secara sedar atau tidak sedar, manusia telah, sedang dan akan menghadapi dua pilihan iaitu sama ada tesrus dapt mempertahankan status sebagai manusia atau merendahkan status kemanusiaannya kepada taraf hamba pembangunan.

LIBERALISME
Merupakan falsafah yang eletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Fahaman liberalisme pelbagai aliran dangan nama ‘liberd’ mungkin mempunyai dasar dan perlindungan yang berlainan tetapi secara umumnya aliran dan perlindungan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran ini berstuju dengan prinsip – prinsip seperti kebebasan bersuara, batasan kepada suara kerajaan, kedaulatan undang – undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Dari sudut politik, dimana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Dalam ekonomi pula,memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Golongan liberalisme mengatakan bahawa manusia sendiri masih dalam proses perubahan daripada haiwan rendah kepada haiwan yang lebih tinggi.

MODENISME
Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Ia juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.
  1. Tahap pertama – manusia yakin dengan akal yang rasional dan berani menghadapi kehidupan yang nyata sehingga berlaku pemberontakan kreatif dalam dunia seni.
  2. Tahap kedua – bermula dengan revolusi Perancis dan kekacauan sehingga berlaku kelenturan ikatan sosial, keruntuhan pada keyakinan tradisional dan agama.
  3. Tahap ketiga – bermula semasa berlaku proses modenisasi global dan kebudayaan dunia moden secara universal sehingga berlakunya masalah pada keamanan dunia sejagat .

HUMANISME
Takrifnya ialah fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong. Dialah yang menentukan hukum-hakam. Tuhan tidak berperanan di muka bumi ini. Soalnya ialah: bagaimanakah ideologi Humanisme ini digunakan untuk memporak perandakan masyarakat?

SIFAT FAHAMAN HUMANISME
  • Percampuran Bebas

Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan tanpa sekatan digalakkan atas tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan dari segi hak asasi dan tanggungjawab. Humanisme berusaha menghapuskan halangan-halangan tabii antara lelaki dan perempuan seperti merasa malu (haya’). Mereka membuat tanggapan bahawa sifat malu itu adalah satu sifat yang negatif dan tidak baik dan warisan daripada manusia purba.

  • Penggunaan Istilah-istilah Yang Mengelirukan
Istilah ‘unisek’ dipopularkan bagi kedai gunting rambut. Kedai gunting rambut yang dinamakan Unisek Saloon adalah tempat untuk gunting rambut bagi wanita dan juga lelaki di tempat yang sama. Fesyen atau ‘style’ gunting rambut pun ditukar sehingga lelaki digalakkan berambut panjang dengan tocang atau memakai subang dan wanita berfesyen rambut pendek. Bintang-bintang filem dalam kaca TV dan penyanyi-penyanyi lagu dibuat untuk menjadi teladan dan (role model) bagi remaja-remaja.
Istilah yang digunakan bagi pelakon-pelakon filem adalah ‘bintang-bintang’ filem. Istilah ‘bintang’ bermaksud untuk memberi gambaran yang baik kepada pelakon yang direstui atau tidak direstui oleh Islam.
Istilah ‘Gay’. Istilah ini digunakan untuk kumpulan yang melakukan hubungan sejenis (homoseks) yang dilarang oleh hukum Islam.
Istilah ‘Chairman’ . Ia pada lazimnya digunakan untuk individu yang mempengerusikan sesuatu majlis, tetapi istilah ini dibantah oleh gerakan pembebasan (emansipasi) wanita Barat Sekular Moden. Sebabnya ialah kononnya a memperkecilkan peranan wanita dan menunjukkan sifat chauvisnisme (berat sebelah atau condong kepada hak lelaki).
Istilah ‘He’ mereka membantah penggunaan perkataan ‘He’ bagi gantinama Tuhan. Mereka menimbulkan persoalan “Mengapakah Tuhan dianggap lelaki?” Yang sebenarnya Tuhan tidak menyerupai manusia. Dia bukan lelaki atau perempuan. Allah tidak menyerupai sebarang makhluknya.
  •  Penukaran Peranan Antara Lelaki dan Perempuan
Penukaran peranan’ ( Change role) antara lelaki dan perempuan adalah untuk menggalakkan percampuran bebas. Pertubuhan ‘Illuminati’ musuh Allah s.w.t mengutarakan idea bahawa wanita yang berharga adalah wanita yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya, di mana kerjaya diberi nilai, dalam bentuk gaji atau kenamaan atau pengiktirafan. Mereka suka menegaskan bahawa ‘wanita di dapur rumah’ tidak memberi apa – apa nilai kepada masyarakat. Malah wanita sebagai ibu tidak berharga kerana kerja-kerja mereka tidak diberi gaji oleh masyarakat. Mereka membuat tanggapan bahawa perkahwinan adalah adat resam orang purba.
  •  Gerakan Pembebasan Wanita
Istilah ‘pembebasan’ di sini bermaksud (pada awal sejarahnya) membebaskan diri daripada kezaliman khasnya dari kongkongan peraturan-peraturan agama Institusi Gereja Katolik Rom. Gerakan Pembebasan Wanita lahir di Amerika dan Eropah. Bertujuan untuk membebaskan diri daripada peraturan nilai agama. Menyokong gerakan homoseks dan lesbian atas dasar ‘hak asasi manusia’. Apabila wanita digunakan sebagai ‘commoditi’ untuk menarik perhatian dalam kebanyakan iklan di seluruh dunia, gerakan wanita sedunia membisu dan tidak menentang.
  • Kaunseling Berkelompok
Untuk menghapuskan kononnya perasaan malu, mereka mangadakan kaunseling berkelompok. Peserta lelaki dan perempuan sejumlah 7 atau 8 orang didudukkan bercampur secara bulatan. Setiap seorang menceritakan masalah masing-masing mendedahkan apa jua kesulitan.
  •  Pendidikan Seks
Pendidikan seks telah dimulakan di Sweden pada tahun 1940 bermula dengan ‘panduan-panduanbagi penyelidikan moral’. Tetapi didapati dari tahun 1956 banyak cara pendidikan mencerobohi panduan-panduan tersebut. Dalam suasana di mana negara mengamalkan sistem pendidikan sekular, amalan-amalan seks yang ganjil dan curangpun disyorkan diajar sebagai kaedah yang direstu oleh undang-undang negara untuk memenuhi kemahuan seks. Menurut nilai- nilai ‘pluralistik’ mereka menganggap bahawa seks di luar nikah tidak mengapa keran ‘kita perlu menghargai semua pendapat’. Akibatnya, kes-kes penyakit kelamin di kalangan remaja semakin tinggi. Pendidikan seks boleh disalah gunakan khasnya jika organisasi yang menganjurkannya tidak mengiktirafkan adanya Tuhan Yang Maha Esa, adanya Rasul dan adanya hari Kiamat.

Monday, 18 March 2013

testing testing 1, 2, 3. hahaa.

hurm. this is my first time write in blog. YEAH! congrats to myself. EH? bukan terpaksa ke ARINA? Oh. almost forgot that thing. huh! okay. actually , saya TERPAKSA (amboi capital letter terus kau buat. nampak tue marah. grr. haha!) 

once again, i have to create my own blog for sains pemikiran etika subject . :) then, upload my assignment in HERE . hoho . sound good right ? ._. 

aku bukan reti pn guna benda alah ni . ni pn c atma 2 yg buatkan. haa. baik kan ? kawan sapa ? kan? hahaa. (haa. tak ley tak ley. tk ley amek kwn saya! tarik atma cepat2. haha) thanks ain zulaikha atmanira . muah muah to her. hahhaa. confirm herda jealous lau dapat tau ni! hahaha . 

just hoping this blog boleh bertahan lama. haha. jangan lepas upload assignment trus BLOCK this blog sudah ah. haha. benda tue nanti baru kite pk . nanti nanti pk . skg ni pk cmne nak buat assignment ni. huhu. aduyai. huhu. (Aah ARINA tulis blog ni memang boleh siap assignment kau 2) huh. okay okay saya gerak dulu . i think, that's my intro for my first blog . hahha. bubyee , daa. 
assalammualaikum . :)


#speaking bertabur harap dimaafkan. maaf dong. haha!